Tuesday, July 20, 2010

Renung-renungkanlah dan selamat berfikir....

SIAPA LEBIH BIJAK?

Seorang leleki telah menjadi seorang jurutera dan mempunyai 2 orang anak. Telah berjumpa dengan bekas gurunya yang telah mengajar semasa dia sekolah rendah dan telah menjadi seorang wakil rakyat.

Kebetulan parti yang dimasuki oleh jurutera itu adalah berlainan dengan parti bekas gurunya maka dengan lantang dia sering membangkang apa yang dikatakan oleh bekas gurunya semunanya tak betul belaka.

Seorang alim telah menegur lelaki itu.

"Mungkin dari segi ilmu kejuruteraan , sains dan teknologi..... kamu lebih baik daripada bekas guru kamu tapi dari segi bijaksana.... dia lebihbijaksana daripada kamu. Ilmu yang paling berharga ialah kebijaksanaan dalam segala hal hingga tidak menyalahkan orang lain dan merasa diri lebih pandai "

NILAI KEHIDUPAN

Di depan ramai muridnya, seorang guru menceritakan pengalaman bertemu dengan seorang veteran prajurit mantan penerbang Perang Dunia II.

Pada suatu hari, prajurit tersebut menerbangkan ratusan pekerja dari Cina untuk membuat projek jalan melintasi hutan di Myanmar.

Jarak penerbangan tersebut cukup jauh dan lama. Untuk menghilangkan kebosanan sekaligus memanfaatkan waktu luang, pekerja2 itu bermain judi dengan daun terup. Awalnya mereka bertaruh dengan duit dan harta yang ada di badannya. Semakin lama lantaran tidak ada lagi yang dipertaruhkan, mereka bertaruh dengan hidupnya. Yang kalah mesti terjun ke keluar pesawat tanpa menggunakan payung terjun.

Bayangkan!

"Alangkah mengerikan dan kejamnya mereka!" teriak seorang murid mendengar cerita tersebut.

"Memang, benar," jawab Guru, "Tapi dengan begitu permainan menjadi semakin mengasyikkan... melupakan!"

Kemudian ia melanjutkan kata2, "Kamu baru dapat mensyukuri nikmat hidup bila pernah dipertaruhkannya. Oleh fikirkanlah bahawa nilai kehidupan ini amat tinggi"

KEGAGALAN YANG ABADI

Apakah anda takut gagal? Sedemikian takutnya sampai anda tidak berusaha untuk mencuba? Cuba anda fikirkan kembali, hal tersebut benar-benar tidak masuk akal. Dengan tidak mencuba barang sekalipun, sebenarnya anda sudah gagal. Jadi rasa takut gagal adalah penyebab kegagalan yang pasti.

Apakah anda merasa takut? Cuba perhatikan rasa takut anda. Perhatikan pesan yang berusaha disampaikannya. Rasa takut membuat anda lebih waspada. Rasa takut memberi energi ekstra. Rasa takut membuat anda mampu mengatasi cabaran yang sukar. Tidak ada yang mampu mendorong sumber daya dalam diri anda - lebih dari rasa takut.

Rasa takut sebenarnya keistimewaan untuk mendorong anda maju, bukan untuk menahan anda. Biarkan rasa takut mengajarkan anda. Biarkan rasa takut mempersiapkan anda. Tetapi jangan membuat rasa takut menghentikan anda. Saat rasa takut menahan anda, cuba perhatikan baik-baik apa yang menyebabkan rasa takut -dan anda akan menemukan alasan untuk bergerak maju.

Kegagalan paling abadi adalah kegagalan untuk mula bertindak. Bila anda sudah mencuba - dan ternyata gagal, anda memperoleh sesuatu yang boleh dipelajari dan mungkin dicuba kembali. Anda tidak akan pernah gagal bila anda terus berusaha.

PRODUKTIVITI

Penebang pokok akan mengasah kapaknya. Pemburu akan senantiasa menegang dan membetulkan busurnya. Penulis akan meraut pensilnya. Tukang akan senantiasa mengasah pahatnya. Mereka kita akan senantiasa memperbaharui peralatan- nya. Ini adalah prinsip MUDAH tentang produktiviti.

Tak banyak pohon yang boleh ditebang oleh kapak yang tumpul dan haus. Tak ada buruan yang mampu ditaklukkan oleh busur yang renta. Tak sebuah kata dapat tertulis dari pensil yang patah. tak ada rumah kayu yang tidak berpahat. Maka, apa yang harus anda asah agar tetap meraih kehidupan pribadi dan karier kita yang penuh bermakna dan berlimpah ruah?

Kita memiliki sesosok tubuh yang pasti renta terkikis usia. Juga kecerdasan yang segera tak banyak bererti tertinggal kemajuan zama. Serta sekepal hati nurani yang mudah diburamkan oleh debu-debu dunia.

Maka, tiada yang patut kita rawat selain tubuh agar senantiasa menjadi rumah yang nyaman bagi jiwa. Tiada yang perlu kita asah selain fikiran dan ketrampilan agar selalu dapat di gunakan untuk membuka pintu kemakmuran. Serta, tiada yang harus kita pertajam selain hati nurani yang memungkinkan kita mendengar nyanyian kebahagiaan hidup ini.

Rakan-rakan.... marilah kita asah minda kita untuk berfikir secara kreatif dan logik. Menulis umpama senjata tajam yang dapat kita gunakan untuk mengorek tanah bagi bercucuk tanam atau memotong pohon untuk dibina bangunan atau memanah buruan untuk mendapat makanan atau membunuh musuh bagi kehidupan selanjutnya.

Kaunselor dan kaunseling

Secara mudah dan senang difahamni kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling".Manakala kaunseling pula ialah sesuatu hubungan yang dinamik dan bertujuan di antara dua manusia (Wrenn, 1951). Juga kaunseling ialah mengenai menolong individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya (Perry, 1955). Kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan di antara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mental klien ( Patterson, 1967).Kaunseling merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh-pengaruh alam sekelilingnya.

Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.

Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

1. Hikmah (bijaksana)

Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.

2. Mau’izah (pengajaran yang baik)

Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan

3. Mujadalah (dialog)

Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.

4. Ilmu Allah

Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.